Thursday, February 12, 2009

SAHABAT



Sahabat,
Betapa pentingnya,
Pabila kau tiada,
Rasa kehilangan begitu sekali.

Saban ku sendirian di sini,
Jauh dari sahabat2 ku,
Baru ku tahu,
Nikmat nya punyai kawan.

Oh tidak,
Aku mahu kembali ke alam dahulu ,
Ke alam kegilaan ku,
Melepak, memapley bersama rakan taulan,
Berkaraoke dan berpancingan awek2,
Ku tidak mahu sendirian lagi,
Aku sudah bosan dengan kehidupan sendirian,
Ku tidak mahu bersembang dengan pintu lagi,
Mahu pun cawan, juga pinggan mangkuk di dapur.

Ku tidak mahu lagi berpura2,
Mengecapi keseronokan,
Bermain monopoly dengan player yang ramai,
Walhal aku lah pemain yang mewakili 4 orang itu,
Melawan pihak computer seramai 2 orang,
Ku tidak kisah yang itu,
Kerna ku mahu duit saja dari player 3 orang tu,
Sebagai modal untuk membuat rumah dah hotel,
Lalu mengalahkan pihak computer dengan mudah,
Itulah strategi ku.

0ohhhh… ku sudah terpesong sebenar nya,
aku mahu cerita kan pasal kebosanan ku,
Tanpa punyai sahabat di sekeliling,
Tidak apa lah,
Lain kali ku gurindam kan lagi,
Perasaan sensaraku di jiwa ini.

Sobs….
Salammm…



No comments:

Post a Comment

related post

Related Posts with Thumbnails

Post Melalui Email PERCUMA!

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda :

Masukkan Email anda di sini:

Delivered by gadis-comel