Friday, February 13, 2009

BASIKAL



AL KISAH
seorang lelaki separuh umur saban hari dilihat melintasi sempadan dengan sebuah guni yang sarat dengan sampah sarap terikat kemas di belakang basikalnya. Apabila ditanya oleh petugas sempadan akan pekerjaannya yang asyik keluar masuk membawa guni berisi sampah itu, dengan yakin dia menjawab "SAYA MENYELUDUP".

Tetapi setiap kali diperiksa, guninya dibongkar dan setiap kemungkinan diteliti. Tidak pernah ditemui sebarang benda berharga bersamanya melainkan sampah sarap yang diisi penuh dalam guni belakang basikalnya.Lama kelamaan, petugas yang mengawal jalan keluar masuk dua negara itu naik bosan. Pada tanggapan mereka, lelaki itu kurang siuman. Walaupun dia melintasi pos kawalan itu sepuluh atau dua puluh kali dalam sehari, tiada siapa mau ambil peduli.
++++++Perkara ini berlarutan hingga bertahun-tahun lamanya, sehinggalah kesemua petugas sempadan itu pencen barulah lelaki itu tidak kelihatan lagi melintas.Pada suatu kesempatan, salah seorang bekas petugas tersebut terserempak dengan lelaki itu di sebuah warung kopi lalu dia bertanya:

"menjadi kemusykilan pada ku....barang apakah yang kau seludupselamabeberapa tahun yang
lalu sehingga tidak sekalipun kami dapat mengesan?

"BASIKAL " jawab lelaki itu tersenyum lebar.

No comments:

Post a Comment

related post

Related Posts with Thumbnails

Post Melalui Email PERCUMA!

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda :

Masukkan Email anda di sini:

Delivered by gadis-comel