Tersebutlah kisah di sebuah hospital yang kerapkali menerima pesakit kronik. adapun begitu, kisah tragik ini berlaku di sebuah wad icu yang mana hampir kesemua pesakit yang ditempatkan di situ mati pada waktu dan hari yang sama. masanya adalah sekitar jam 8 hingga 9 pagi, Pada setiap hari jumaat. bukan sekali dua, malahan telah beberapa kali. sekaligus bilik itu digelarkan blik keras.
Namun khidmat bilik itu masih lagi diperlukan. Tapi hakikatnya masalah itu perlu diatasi demi menjaga nama baik hospital. Maka bermesyuaratlah adanya kesemua doktor - doktor yang terlibat, mahu menyiasat sendiri tentang kematian yang seolah - olah terancang itu. maka berduyun - duyunlah mereka datang pada masa yang hampir sama dengan kematian yang sebelum - sebelumnya. kebetulan, seorang pesakit masih lagi dalam keadaan koma berada di katil 'misteri' itu. dengan dada yang berdebar - debar, mereka menantikan apakah yang bakal hadir untuk menarik nyawa pesakit yang sedang terlantar itu.
Pukul 8, masih tiada apa yang berlaku. 8.30, masih tiada apa yang berlaku juga. peluh mula merenik di dahi masing - masing. dada mereka bagaikan mahu pecah. Namun wajah pesakit yang masih koma itu tetap tenang. Suasana sunyi. Yang kedengaran hanyalah bunyi monitor nadi si pesakit. jam menunjukan ke angka 8.45.
Mereka masih lagi menanti. Tiba - tiba, pintu terbuka. mereka semua tersentak. Serentak itu, mereka menoleh ke arah pintu dan mereka menarik nafas lega. Bukannya hantu atau jembalang, bukan juga sihir, tapi hanyalah seorang apek pemvakum lantai. Mereka menarik nafas kelegaan. masih lagi menanti.
Mereka masih lagi menanti. Tiba - tiba, pintu terbuka. mereka semua tersentak. Serentak itu, mereka menoleh ke arah pintu dan mereka menarik nafas lega. Bukannya hantu atau jembalang, bukan juga sihir, tapi hanyalah seorang apek pemvakum lantai. Mereka menarik nafas kelegaan. masih lagi menanti.
Ikuti dialog antara apek dan doktor di bawah:
apek : tepi sikit boleh ka ? saya mahu vakum sana.
Doktor : boleh. sila, sila.
apek : manyak telima kasih ha...
Doktor : boleh. sila, sila.
apek : manyak telima kasih ha...
Dan dengan selambanya apek tersebut mencabut plug yang menghubungkan oksigen pada si pesakit tadi. Dan tanpa disedari, pesakit tadi dengan secara automatiknya telah mati pada waktu yang sama seperti selalunya. Adakah persoalan telah terjawab ? hehehe..
No comments:
Post a Comment