Thursday, August 6, 2009

HARI NISFU SYA'BAN

Hari nisfu sya'baan pada tahun ini akan jatuh pada hari Khamis (sebaik saja masuk maghrib/ Rabu), 6hb Ogos 2009.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada Allah dengan baik dan sempurna, dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya'baan adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan di buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib.

Berikut adalah antara amal ibadah di hari nisfu sya'baan:
1. Selepas solat maghrib, buat solat sunat nisfu sya'baan 2 rakaat. Rakaat pertama baca al-Fatihah & surah al-Qadr sekali. Rakaat kedua baca al-Fatihah & surah Al-Ikhlas tiga kali;
2. Membaca Yaasin tiga kali selepas solat Maghribnya. Selepas Yaasin pertama mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah. Selepas Yaasin kedua mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah. Selepas Yaasin ketiga mohon ditetapkan iman dan Islam serta mati di dalam iman dan pohonlah segala yang baik. Kemudian baca istighfar sebelas kali dan selawat sebelas kali. Baca doa nisfu Sya'aban (biasanya terdapat di dalam buku Yaasin);
3. Baca surah ikhlas 1000 kali; dan
4. Berpuasa pada siangnya
Antara kelebihan bulan sya'baan ialah:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'baan maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kepada nabi Allah, Yusof a.s. di dalam syurga;
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

pada malam nisfu sya'baan setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman:

adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'baan kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka atau berdosa dengan ibubapa kita.

Abul Khair Al Talaqaani r.a. pula mengira 22 nama lain bagi malam nisfu sya'baan. Antara yang termasyhur ialah:
1. Malam Dimustajabkan Doa;
2. Malam Pembahagian Takdir;
3. Malam Rahmat;
4. Malam Berkat;
5. Malam Pengampunan (Taubat);
6. Malam Penebusan;
7. Malam Syafaat;
8. Malam Penulisan;
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan;
10. Malam Rezeki;
11. Malam Hari Raya Para Malaikat; dan
12. Malam Penghidupan.

Jadi marilah sama-sama kita memeriahkan lagi bulan sya'baan ini dengan amal ibadah yang lebih dari kebiasaannya.

Jalanlah lupa untuk ambil kesempatan untuk berpuasa pada 15 sya'baan nanti iaitu pada hari Khamis 6 Ogos 2009 ini, kerana kita tidak tahu samada kita masih berkesempatan lagi atau pun tidak untuk bertemu dengan nisfu sya'baan pada tahu hadapan.

Jangan lupa juga untuk sebarkan kepada saudara mara dan rakan taulan. Moga-moga beroleh keberkatan dan rahmat yang tidak terhingga dari Allah s.w.t.

Wallahua'alam

No comments:

Post a Comment

related post

Related Posts with Thumbnails

Post Melalui Email PERCUMA!

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda :

Masukkan Email anda di sini:

Delivered by gadis-comel