Monday, July 6, 2009

BENARKAH MEMANASKAN ENJIN KERETA PADA WAKTU PAGI ADALAH SATU TABIAT YANG BAGUS?

Untuk sesiapa yg mengguna kereta,Patik nak cerita satu benda ni..

Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi.Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan,pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk keretauntuk memulakan perjalanan.Patik syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu Patik ingat mesti bangun awal punya.

Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangka hayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin inidiajar? Kalau tak silap Patik, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikguyang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak adabelajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini didalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana?

Berdasarkan pemerhatian Patik dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjintelah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk Patik start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah.Kemudian bapa Patik pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datukPatik masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa Patik pun setiap pagi sebelumnak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya.. Kemudian bilaPatik dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, Patik pula ikut panaskanenjin kereta.

Tapi sebenarnya Patik tak buat. Sebab Patik ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya Patik bangun lambat.Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah.

Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan.Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun, United Kingdom dan di AmerikaSyarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjinkenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pura2 (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yangterbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhupersekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjinkenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur kejalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?

Patik rasa memangdah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaituLes Ryder berkata, "Engines run best at their design temperature".Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersihdan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius.Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi 'gentle' kalaupandu terus.Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pura2 (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah.

Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahan api tidak dapat dilakukan dengansempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dindingsilinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinderlalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apayang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiadapelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga bolehjadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabilaia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian iaakan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dariekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan.Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling),bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wapair akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun Patik tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untukmengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen initermasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida,mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dansebagainya.

Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 - 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahayakepada alam sekitar.

Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada disuhu yang mana ia boleh beroperasi, and perlulah memandunya.Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api,mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit.

Mari kita lihat apa pulakebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjinditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehinggasatu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin.

Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapatmemberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci danpenjuru komponen dalaman enjin.Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyakpelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat?Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia.Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitardan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan jika tidak bergerak.

Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dantunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan duluenjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah bolehmenyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wangringgit.

Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pura2 (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumahhijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Akhir kata setujukah anda bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh menjahanamkan enjin dan dunia?

END.
Let's HAve fUn below :
Fun 1
Fun 2

2 comments:

  1. rasanya panas enjin tu sekadar nak pastikan minyak pelincir dah tersapu habis pada lejang dan ruang lejang serta komponen2 lain enjin sebelum kereta berjalan...

    ReplyDelete
  2. Aku ni mekanik..... apa yang kau tulis dari segi teori, mmg betul. Tapi kau terlupa satu perkara. Ilmu kau tu hanya untuk kereta yang baru, yang enjin dalam keadaan terbaik... yang menggunakan minyak pelincir sintetik yang gred tinggi seperti API SL dan CH-4.

    Kau sedar tak org malaysia suka beli benda yang murah2. minyak pelincir gred rendah seperti castrol GTX botol putih yang bergred API SG dan CD. CD adalah gred tahun 1955 (sebelum merdeka lagi). CE pun introduced tahun 1987.

    Bai... owner yang enjin dia teruk dan pakai minyak pelincir murah kena panaskan enjin dulu. Fasal apa? kau datang workshop aku, kau tgk sendiri enjin yang owner dia malas nak panaskan!

    ReplyDelete

related post

Related Posts with Thumbnails

Post Melalui Email PERCUMA!

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda :

Masukkan Email anda di sini:

Delivered by gadis-comel