Saturday, January 9, 2010

Gereja Terbakar dilempar molotov cocktail

Tiga gereja dilempar molotov cocktail


ANGGOTA polis mengawal sekitar gereja yang terbakar disyaki akibat perbuatan khianat di Taman Desa Melawati, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Tiga buah gereja menjadi mangsa pihak tertentu selepas dilempar dengan molotov cocktail menyebabkan salah satunya terbakar hingga mengalami kerosakan dalam tiga kejadian berasingan di sini dan Petaling Jaya semalam.

Kejadian pertama berlaku di Gereja Metro Tabernacle Jalan 4C, Taman Desa Melawati, Wangsa Maju di sini pukul 12.30 malam semalam selepas dilempar bahan bakar tersebut oleh beberapa suspek yang menaiki dua buah motosikal.

Difahamkan, suspek telah melemparkan dua topi keledar yang disertakan dengan petrol melalui tingkap di tingkat bawah gereja tiga tingkat tersebut menyebabkan berlaku kerosakan di situ.

Polis turut menjumpai sebatang sepana dan sebuah bekas tong minyak di lokasi kejadian selepas api dapat dipadamkan oleh anggota bomba.

Kejadian kedua pula berlaku empat jam kemudian di Gereja Assumption di Jalan Templer, Petaling Jaya manakala kejadian ketiga berlaku di Gereja Life Chapel Seksyen 17, Damansara pukul 9 pagi semalam.

Bagaimanapun, kedua-dua gereja tersebut tidak melibatkan sebarang kerugian apabila molotov cocktail yang dilempar sempat dipadamkan dan hanya mengenai tembok serta pokok hiasan.


lagi cerita baru : PANAS SENSASI


No comments:

Post a Comment

related post

Related Posts with Thumbnails

Post Melalui Email PERCUMA!

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda :

Masukkan Email anda di sini:

Delivered by gadis-comel