Monday, December 14, 2009

lagi kisah pasal laman web lucah

BEIJING 6 Dis. - Pihak berkuasa China menawarkan habuan sehingga AS$1,465 (RM5,274) kepada pengguna Internet yang melaporkan laman web yang memaparkan pornografi.

Bagaimanapun, kempen tapisan terbaru terhadap kandungan yang boleh mendatangkan keburukan kepada moral orang ramai dilihat telah menggalakkan lagi pengguna Internet untuk melihat laman web porno.

Dalam tempoh 24 jam, talian khas yang disediakan oleh Pusat Laporan Maklumat Pengunaan Haram Internet Jumaat lalu telah dibanjiri lebih 500 panggilan telefon dan 13,000 maklumat dalam talian, menurut laporan agensi berita rasmi Xinhua.

Pusat itu sedang mencari laman web dan laman mudah layar untuk penggunaan telefon bimbit yang mengandungi bahan-bahan berunsur kelucahan atau produk iklan seks, menurut laporan itu.

Habuan dianggarkan bermula daripada 1,000 yuan (RM495.305) hingga 10,000 yuan (RM4.9 juta) akan diberikan kepada individu pertama yang melaporkan setiap laman web tersebut, menurut pusat itu dalam satu kenyataan notis.

Selain itu, menurut pusat itu kepada Xinhua, jawatankuasa juga akan memantau segala maklumat yang diberikan bagi menentukan bentuk habuan yang sesuai.

China telah melancarkan beberapa tindakan tegas terhadap penggunaan Internet terutama pornografi, artis kontroversi dan aktivis politik sebelum ini.

Awal tahun ini, China mengancam untuk menyekat sejumlah laman web termasuk enjin carian Google dan Baidu, yang membenarkan pornografi dan bahan-bahan lain yang boleh memusnahkan golongan muda yang menemui hasil carian berkaitannya. - AFP


sumber : utusan malaysia

No comments:

Post a Comment

related post

Related Posts with Thumbnails

Post Melalui Email PERCUMA!

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda :

Masukkan Email anda di sini:

Delivered by gadis-comel