Sunday, August 30, 2009
Saturday, August 22, 2009
FADHILAT SOLAT TERAWIH
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."
Thursday, August 6, 2009
2 CARA MENINGKATKAN TRAFIK KE BLOG/WEBSITE ANDA
1. Masuk blog orang lain dan tinggalkan komen
Jangan jadi silent reader jika korang ada blog. Tinggalkan komen dan kalau entri kat blog orang lain tu berkaitan dengan mana-mana entri korang, mungkin korang boleh trackback korang di bahagian link blog mereka. Selalunya komen yang beserta link, akan di’flag sebagai SPAM. Kalau tuan rumah baik hati, dia approve la komen korang tu. So nak elakkan benda-benda macam ni, buang http:// dari trackback yang korang tinggalkan.
2. Rajinkan diri bertukar-tukar link
Selalu dengar orang cakap “jom link exchange” atau “jom tukar2 link” kan? Jadi rajinkan diri untuk bertukar-tukar link dengan owner blog yang baru korang jumpa. Letakkan link mereka di siderbar blog menggunakan fungsi asas yang ada pada Wordpress dan Blogspot.
HARI NISFU SYA'BAN
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada Allah dengan baik dan sempurna, dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.
Hari nisfu sya'baan adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan di buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib.
Berikut adalah antara amal ibadah di hari nisfu sya'baan:
1. Selepas solat maghrib, buat solat sunat nisfu sya'baan 2 rakaat. Rakaat pertama baca al-Fatihah & surah al-Qadr sekali. Rakaat kedua baca al-Fatihah & surah Al-Ikhlas tiga kali;
2. Membaca Yaasin tiga kali selepas solat Maghribnya. Selepas Yaasin pertama mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah. Selepas Yaasin kedua mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah. Selepas Yaasin ketiga mohon ditetapkan iman dan Islam serta mati di dalam iman dan pohonlah segala yang baik. Kemudian baca istighfar sebelas kali dan selawat sebelas kali. Baca doa nisfu Sya'aban (biasanya terdapat di dalam buku Yaasin);
3. Baca surah ikhlas 1000 kali; dan
4. Berpuasa pada siangnya
Antara kelebihan bulan sya'baan ialah:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'baan maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kepada nabi Allah, Yusof a.s. di dalam syurga;
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, sabda Nabi Muhammad s.a.w.:pada malam nisfu sya'baan setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman:
adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'baan kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka atau berdosa dengan ibubapa kita.
Abul Khair Al Talaqaani r.a. pula mengira 22 nama lain bagi malam nisfu sya'baan. Antara yang termasyhur ialah:
1. Malam Dimustajabkan Doa;
2. Malam Pembahagian Takdir;
3. Malam Rahmat;
4. Malam Berkat;
5. Malam Pengampunan (Taubat);
6. Malam Penebusan;
7. Malam Syafaat;
8. Malam Penulisan;
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan;
10. Malam Rezeki;
11. Malam Hari Raya Para Malaikat; dan
12. Malam Penghidupan.Jadi marilah sama-sama kita memeriahkan lagi bulan sya'baan ini dengan amal ibadah yang lebih dari kebiasaannya.
Jalanlah lupa untuk ambil kesempatan untuk berpuasa pada 15 sya'baan nanti iaitu pada hari Khamis 6 Ogos 2009 ini, kerana kita tidak tahu samada kita masih berkesempatan lagi atau pun tidak untuk bertemu dengan nisfu sya'baan pada tahu hadapan.
Jangan lupa juga untuk sebarkan kepada saudara mara dan rakan taulan. Moga-moga beroleh keberkatan dan rahmat yang tidak terhingga dari Allah s.w.t.
Wallahua'alam
CERITA PANAS ARTIS MALAYSIA
CERITA PANAS ARTIS MALAYSIA
CERITA PANAS ARTIS MALAYSIA
KRISIS MASALAH GULA DI MALAYSIA
Misteri krisis gula — * Shafie: Bekalan kurang * Rafidah: Bekalan mencukupi
Oleh ROZAMAN ISMAIL dan RAJA LUVENA SHARIFUDDIN (Utusan Malaysia 28 Sep 06)
KUALA LUMPUR 27 Sept. Kemelut bekalan gula di negara ini menimbulkan misteri dan jelas mengelirukan. Hari ini dua menteri yang ada hubung kait dengan hal gula ini memberikan kenyataan, tapi bercanggah.
Begini senarionya.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shafie Apdal – yang bertanggungjawab dengan harga dan kawalan barangan berkata, gula memang kurang di pasaran.
“Saya cukup bimbang melihat masalah kekurangan gula dalam lawatan ke beberapa buah negeri beberapa bulan lalu,” tegasnya kepada para pemberita selepas mengadakan tinjauan ke pasar raya besar Carrefour di Putrajaya, hari ini.
Namun, beliau berjanji masalah gula akan selesai dua minggu lagi.
Ini kerana dua pengilang tempatan mendapat hak mengimport dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan membawa masuk 80,000 tan metrik gula mentah dari Brazil.
Tetapi begini pula jawapan menteri MITI, Datuk Seri Rafidah Aziz – yang bertanggungjawab dengan industri gula negara dan permit import bahan itu.
Katanya, negara sebenarnya tidak mengalami masalah ketiadaan gula. “Bekalan yang dikeluarkan lebih daripada mencukupi,” tegasnya.
Persoalannya, jika gula ada ke mana perginya?
Shafie yang mengaku rakyat sudah bosan dengan kemelut gula ini, menjawab:
“Kalau gula ada, kapal perang pun kita sanggup gunakan (untuk angkut) demi pastikan bekalan sampai dan mencukupi di pasaran.”
Rafidah memberi statistik mempertahankan alasannya itu dengan berkata:
“Berbanding dengan penggunaan gula sebanyak 1 juta tan metrik oleh negara setiap tahun, para pengilang telah menghasilkan lebih daripada 979,000 tan metrik gula sehingga 15 September tahun ini.”
“Dalam masa tiga bulan akan datang, para pengilang dijangka mengeluarkan 291,000 tan metrik gula lagi dengan tambahan 200,000 tan metrik dihasilkan sebagai stok simpanan.”
Jelas sekali, kata Rafidah angka-angka ini menunjukkan bahawa bekalan gula adalah jauh lebih mencukupi.
“Namun, apa yang berlaku sekarang ialah kesukaran pengguna mendapatkan gula dan oleh itu, keempat-empat pengilang gula telah diarah mengambil tindakan serampang empat mata,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Rafidah sebaliknya berpesan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna supaya meningkatkan usaha penguatkuasaan supaya tidak lagi berlaku aktiviti penyeludupan dan simpanan gula.
“Kita tahu bekalan gula mencukupi, jadi pengedaran bekalan gula perlu dipastikan berjalan lancar,” tegasnya.
Shafie pula berkata, pihaknya hanya menyelaras bekalan sedangkan MITI yang bertanggungjawab ke atas kilang yang mengeluarkan gula.
“Saya tahu masyarakat di peringkat bawahan dah bosan mendengar, melihat masalah gula ini, dalam isu ini bukan kementerian saya sahaja yang bertanggungjawab,” ujarnya.
Memandangkan ada peningkatan dalam bekalan gula dan tanda-tanda menunjukkan pengilang mula mengotakan janji untuk menambah bekalan, Shafie berharap masalah kekurangan bekalan dapat diselesaikan dalam seminggu dua ini.
Menurutnya, MITI juga dalam mesyuarat Kabinet hari ini memberi jaminan dan kelulusan kepada dua buah kilang untuk membawa masuk kira-kira 80,000 tan gula mentah dari Brazil bagi menambah keupayaan pengeluaran gula agar memastikan ia mencukupi untuk musim perayaan tidak lama lagi.
Pada masa yang sama juga, katanya, beberapa kilang telah mula mempertingkatkan pengeluaran gula dalam lingkungan 10,000 tan metrik .
“Saya dapati ada tambahan dari segi keupayaan pekilang, semalam contohnya kilang Malayan Sugar Manufacturing (MSM) dan Central Sugar Refinery (CSR) keluarkan 2,000 tan gula sehari dan ini merupakan satu rekod,” katanya lagi.
Pihak pengilang juga, kata Shafie lagi, bersetuju membekalkan kira-kira 500 tan gula ke beberapa pasar raya besar seperti Carrefour dan jumlah itu cukup untuk menampung keperluan menjelang sambutan perayaan Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri.
KISAH PEMBURU HANTU
Mereka terdiri daripada Hairi Shahrizal Mustafa, 25, Iskandar Ishak, 28, dan Anis Azman, 18.
Berbekalkan komputer riba, peralatan perakam audio dan visual, kamera litar tertutup (CCTV) serta pelbagai gajet berteknologi tinggi, ketiga-tiga mereka membuat kajian serta menganalisa kehadiran entiti dalam episod berlainan setiap minggu.
Menurut Pengurus Saluran Ria, Khairul Mizan Shagul, tujuan rancangan itu diterbitkan ialah untuk memberi maklumat kepada masyarakat mengenai kewujudan entiti di tempat yang diadukan selain membawa pengetahuan berguna kepada peminat setia saluran Ria berhubung peralatan moden yang boleh digunakan.
"Pemburu Hantu adalah rancangan yang membuktikan tentang kewujudan aktiviti paranormal menerusi analisa, kaji selidik serta sejarah tempat yang dipaparkan selain paparan menggunakan alatan yang disediakan dan bukannya untuk menangkap entiti yang berjaya dikesan.
"Kisah-kisah yang diberikan oleh pengadu akan dijadikan jalan cerita utama paparan Pemburu Hantu pada setiap minggu. Lebih banyak aduan yang kami terima maka lebih baiklah laporan kami setiap minggu," katanya.
ASTRO RIA : PENTAS ANAK WAYANG
PANAS! Cerita Spongebob Squarepants.
Dalam cerita, Spongebob akan bertemu dengan teman-temannya seperti Patrick Star (Bintang Laut), Sandy (Tupai yang hidup di laut?), Squidward (Gurita yang selalu murung) serta hewan-hewan laut seperti ikan paus, hantu bajak laut, udang, lobster, ikan kembung, plankton, dan lain-lain. Kunjungi Link Terkait untuk lebih banyak info mengenai spongebob squarepants!
WONDERPET HEBAT!
Apa yang penting, kerjasama!!
" Telefon, telefon berbunyi
Telefon kami datang
Telefon, telepon berbunyi
Ada haiwan dalam bahaya 3x
Di sana
Mimin,Tuck dan Ninnin juga
Wonder Pets datang membantu
Kami tak besar dan kami tak kuat
Bila bekerjasama semua jadi mudah
Yayyyy! Wonder Pets
Apa yang penting?? Kerjasama! Apa yang penting?Kerjasama!
Wonder Pets! Wonder Pets!
Ini serius "
VIDEO 3GP TERHEBAT 2009!
Dengan lahirnya format .3gp ini, orang kita khususnya Melayu sudah pandai merakam aksi lucah dan aksi2 melampau lainnya. Sebut saja 3gp Melayu, orang kita akan membayangkan video aksi lucah berani anak2 muda dan tua kita. Dulu Melayu yang ramai buat, kini Cina juga tidak mahu ketinggalan. Maka, lahirlah video2 3gp yang bertajuk seperti Melayu seks dengan Cina.3gp dan Malay vs. Chinese Sex.3gp. Tak cukup dengan itu, video2 aksi lucah mak datin juga tersebar luas. Entah kan betul, entah kan tidak. Wallahualam.
BONGKAR : TIPS TINGKATKAN PENDAPATAN IKLAN NUFFNANG
Apa yang dilakukan Encik Syahrulnizam untuk dapatkan RM13.75 daripada Nuffnang kurang daripada 3 hari?
Di bawah adalah yang disenaraikan olehnya.
*
Create as many blogs
*
Put all three types of banners
*
Write as many posts in innit.nuffnang.com
*
Promote your blogs to friends and family
TIPS NUFFNANG DARIPADA EN. NOORIZAMSHAH
Apa yang dilakukan Encik Noorizam Shah untuk dapatkan sekurang-kurangnya RM200-RM500 setiap bulan daripada Nuffnang?
Di bawah adalah yang disenaraikan olehnya.
1.
Saya pasangkan ketiga-tiga saiz iklan di blog saya.
2.
Saya juga pasang iklan-iklan ini di 6 blog saya yang lain. (Tidak boleh didedahkan)
3.
Saya hanya mempunyai satu sahaja blog yang bertraffik tinggi.
4.
Blog bertraffik tinggi tu ialah NoorizamShah.com
5.
Saya sentiasa update setiap hari blog saya ini. Blog lain, saya tidak ada masa untuk kemaskini.
6.
Saya guna Global CPC Ads di semua blog yang saya pasang iklan Nuffnang.
7.
Setiap blog yang ada iklan Nuffnang, saya tidak pasang iklan dari Advertlets.com
8.
Setiap blog yang ada iklan Nuffnang, 90% target saya ialah pelawat dari Malaysia.
9.
Saya sentiasa masuk ke akaun Nuffnang, untuk kemaskini akaun.
10.
Jika ada masa, saya akan ping akaun saya di innit.nuffnang.com
11.
Saya akan sentiasa pastikan akaun member saya adalah berstatus Glitterati.
Anda boleh dapatkan tips-tips lebih menarik dan jua e-book Nuffnang PERCUMA daripada Encik Noorizam Shah di blognya, Noorizamshah.com.
TIPS SUPAYA IKLAN NUFFNANG SENTIASA KELUAR DI BLOG
STEP 1
Log in akaun Nuffnang anda
STEP 2
Blog Manager
STEP 3
Update Survey
Pada "Update Survey", soalan 6 di section 2. Tandakan semua jenis produk supaya, iklan Nuffnang sentiasa keluar di blog anda.
STEP 4
Submit
PENDEDAHAN : RAHSIA WAKTU IKLAN NUFFNANG KELUAR
Tahukah anda bila iklan nuffnang keluar??
yaa saya tahu!
iklan nuffnang akan keluar pada waktu tengah malam!!
so, suruh la pembaca blog anda baca blog anda pada tengah2 malam ye..
heheh..
DOWNLOAD EBOOK PANDUAN JANA DUIT TERKINI
klik di atas.
anda pasti teruja!!
20 ebook panduan di beri secara percuma !!
wow!! cepat dapatkan nya!
CARA TINGKATKAN JUMLAH KLIK PADA IKLAN NUFFNANG
Bagaimana? mudah saja..
mari kita saling klik mengelik iklan nuffnang sesama kita..
anda klik iklan saya, saya klik iklan anda..
siapa berminat dalam program bersama saja, sila antar komen di bawah dah saya akan klik iklan anda... dan anda pula jangan lupa klik iklan saya yaa...
sekian...
BAGAIMANA MENJANA DUIT DENGAN NUFFNANG
Mudah sahaja. Anda hanya perlu mendaftar dengan nuffnang dan anda mesti lah ada blog.
ada 3 jenis iklan iaitu :
- CPA = blogger dibayar bila ada sale/lead yang dijana dari iklan tersebut.
- CPC = blogger dibayar bila ada klik pada iklan tersebut.
- CPM = blogger dibayar untuk setiap 1000 orang yang masuk ke blognya. (M dalam bentuk Roman ialah 1000).
Selamat menjana pendapatan. Pastikan anda mempunyai teknik2 menaikkan traffic ke blog/website nuffnang anda.